Info Unit Psikologi
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga jabatan.
- Memberikan perkhidmatan psikologi yang meliputi aspek penilaian personal dan ujian psikologi kepada warga jabatan.
- Menyediakan perkhidmatan terapi bagi menangani cabaran individu secara mental, emosi dan spiritual.
- Menjalankan program pembangunan modal insan secara optimum melalui aplikasi psikologi yang menyeluruh kepada warga jabatan.
- Menggerakkan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dalam melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga jabatan.
VISI
- Warga jabatan yang sejahtera psikologinya.
MISI
- Untuk memastikan supaya warga jabatan dapat kesejahteraan minda dan menguruskan psikologi secara positif dan proaktif.
MOTO
- Minda sihat, psikologi sejahtera.
FUNGSI
- KAUNSELING
Merancang, membangun dan menyelaraskan program yang berkaitan dengan penyampaian serta pengurusan perkhidmatan kaunseling.
- PSIKOMETRIK
Merancang, membangun dan menguruskan pentadbiran ujian psikologi serta menyediakan khidmat konsultasi berhubung penilaian psikologi.
- PSIKOLOGI
Merancang, membangun dan menyelaras program psikologi yang berkaitan dengan pengurusan prestasi dan penyampaian perkhidmatan yang berintegriti.
- PSIKOTERAPI
Merancang, membangun dan menyelaras yang berkaitan dengan psikoterapi serta pengurusan intervensi.