Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - 10 Siaran Perlumbaan MOTOGP 2019 di RTM

Last modified on .

10 Siaran Perlumbaan MOTOGP 2019 di RTM

 

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melunaskan janji menyiarkan aksi perlumbaan MotoGP 2018 yang nyata menggembirakan seluruh rakyat Malaysia terutama dalam kalangan peminat sukan permotoran.

Tahun ini, RTM meneruskan kemeriahan menyiarkan pusingan kelayakan dan kemuncak secara langsung 10 sirkit terpilih daripada 19 sirkit keseluruhan kejohanan MotoGP 2019.

Dua aksi perlumbaan telah bersiaran membabitkan ‘Gran Premio Red Bull De Espana’ di litar Jerez, Sepanyol pada 5 Mei 2019 diikuti siaran langsung ‘Gran Premi Monster Energy De Catalunya’ pada 16 Jun lalu.

Menyusul lapan lagi sirkit iaitu ‘HJC Helmets Motorrad Grand Prix Deutschland’ (6 dan 7 Julai), ‘Motorrad Grand Prix Von Osterreich’ (10 dan 11 Ogos), ‘British Grand Prix Silverstone’ (24 dan 25 Ogos), ‘Gran Premio De Aragon’ (21 dan 22 September), ‘Motul Grand Prix of Japan’ (19 dan 20 Oktober), dan ‘Australian Motorcycle Grand Prix’ (26 dan 27 Oktober).

Seterusnya yang paling dinantikan tarikh keramat pada 2 dan 3 November menyaksikan ‘Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix’ menjadi tumpuan seluruh dunia di mana harapan di sandarkan kepada pelumba negara yang turut bertanding cuba mencatatkan nama sebagai pelumba terbaik.                                                        

Kemuncak aksi menerusi ‘Gran Premio Motul De La Comunitat Valenciana’ pada 16 dan 17   November 2019 di Valencia, Sepanyol.

RTM berkongsi siaran langsung pusingan kelayakan dan perlumbaan menerusi tiga saluran TV1, TV2 dan RTM HD Sports.  

Mengikut perancangan jadual siaran MotoGP 2019 di RTM seterusnya ‘HJC Helmets Motorrad Grand Prix Deutschland’ di Litar Sachsenring, Jerman (7 Julai, pukul 5.00 petang di TV1 dan HD Sports), ‘Motorrad Grand Prix Von Osterreich’ (11 Ogos, pukul 5.00 petang di TV1 dan HD Sports), ‘British Grand Prix Silverstone’ (25 Ogos, pukul 6.20 petang di TV1 dan HD Sports), danGran Premio De Aragon’ (22 September, pukul 5.00 petang di TV1 dan HD Sports).

Meneruskan siaran di ‘Motul Grand Prix of Japan’ (20 Oktober, pukul 10.00 pagi di TV2 dan HD Sports), diikuti minggu berikutnya 27 Oktober depan, ‘Australian Motorcycle Grand Prix’  bersiaran langsung pukul 9.00 pagi di TV2 dan HD Sports).

Nantikan juga aksi ‘Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix’, bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia pada 3 November, pukul 12.00 tengah hari di TV1 dan HD Sports dan diakhiri ‘Gran Premio Motul De La Comunitat Valenciana’ pada 17 November, pukul 6.00 petang di TV1 dan HD Sports.

Sebagai rekod RTM pernah menjadi penyiar rasmi untuk Moto GP pada tahun 2005 hingga 2007 dan terbaharu 2018 mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Malaysia juga pernah melahirkan nama-nama besar dalam sukan permotoran seperti Shahrol Yuzy, Zulfahmi Khairuddin dan terkini Hafizh Syahrin Abdullah.

- ### -

Print Email

offcanvas