Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Sinaran Rohani

Last modified on .

Santuni Mualaf Dalam Bual Bicara Mandarin, “Sinaran Rohani” di TV2

 

Sebagai menyantuni golongan mualaf memfokuskan pengukuhan ilmu agama dengan penyampaian dakwah berkesan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program bual bicara Mandarin terbitan JAKIM bertajuk “Sinaran Rohani” yang disiarkan setiap Rabu, pukul 11.00 pagi di TV2.

Bersama-sama pengacara di studio iaitu Syafiq Raffiqin Liow, atau Ustaz Amir Al-Karim Ng Abdullah dalam setengah jam siarannya berdiskusi tentang topik perbincangan dipilih sama ada tentang agama, kekeluargaan, perkongsian inspirasi yang pastinya memberikan manfaat kepada semua penonton.    

Antara kupasan topik yang telah dikongsikan dan boleh diikuti siaran ulangannya di RTM termasuklah tajuk “Kewajipan Menimba ilmu” bersama-sama panel Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong, “Fitrah Insani” (panel Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong), dan “Kau Ilhamku” (panel Puan Jane Chan Sook Siah).

Tidak kurang menariknya program yang turut memberikan suntikan kerohanian ini boleh diikuti dalam tajuk “Suami Nakhoda Keluarga” (panel Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong), dan terbaharu perbincangan topik “Sifat-Sifat Wanita” (panel Nur Amira Ann Lee Abdullah).

Disiarkan secara santai kepada penonton, program ini turut mengetengahkan segmen ‘Aroma Rasa’ dalam setiap episod di mana hos mengundang tetamu yang berkongsi menu istimewa resipi hasil air tangan chef restoran dipilih.

Kelazatan menu istimewa disediakan antaranya dari Restoran Canton Village Chinese Muslim Kitchen, dan Salam Noodles yang berkongsi penyediaan menu resipi tauge rebus, Mushroom Beef Soup Noodles, Mix Satay (Ayam, Kambing, dan Kepak Ayam), Braised Chicken Noodles, dan Mutton Curry Gravy Noodles.

Ikuti banyak lagi topik menarik penuh manfaat kepada semua di samping terus mengukuhkan niat dan syahadah bagi mendalami ilmu agama dan mengenal Islam dengan lebih serius dalam program ini setiap Rabu, pukul 11.00 pagi di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Print Email

offcanvas