SIARAN MEDIA - Versi Organik

 

Intan Ladyana Hos Program “Versi Organik”, Gabungan Tanaman Organik dan Bahan Kitar Semula di TV1

 

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2021 – Menyalurkan informasi berkaitan cara untuk menghias rumah dengan menggunakan tanaman secara organik serta menggunakan bahan kitar semula, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program majalah diberi tajuk “Versi Organik”. Pogram 13 episod ini sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul 4.05 petang di TV1.

Intan Ladyana yang dipilih sebagai hos program akan bergandingan dengan Encik Rosly, pakar seni taman dalam mengendalikan program yang berkonsepkan DIY ini. Sebuah rumah akan dipilih bagi tujuan penanaman organik serta hiasan barangan kitar semula dan menampilkan tiga segmen yang berbeza dalam setiap episod siarannya.

Dengan medium yang digunakan selalunya terdiri dari kompos, sabut kelapa, pasir serta barangan terbuang, penonton akan menunjukkan cara-cara tersebut dengan kaedah DIY dan rumah pertama dipilih rumah Puan Halimah. Melalui Segmen Flora, mereka menggunakan kasut boot sebagai pasu yang ditanam pokok Bromeliad dan digantung di hadapan rumah. Segmen Herba dan Sayur pula mengetengahkan penanaman benih sirih secara organik di dalam kuali dan segmen Dekorganik, hiasan pokok Bird’s Nest berpasukan hiasan tayar kereta lembu terpakai.

Bagaimana rekaan rumah yang dihiasi dengan kayu hanyut digunakan sebagai bahan untuk mengikat pokok Anggerik/Orkid dan Pokok Tilandsia dan dihias di hadapan rumah? Seterusnya pokok pegaga ditanam secara organik di dalam bekas botol plastik dan hiasan pokok Buluh Jepun di dalam jag dan pasu kaca yang dikitar semula.

Ketahui juga bagaimana cara menggunakan sangkar burung lama digunakan bersama ‘Air Plant’, penanaman pokok Mahkota Dewa secara organik dan sudut rumah dihias dengan pokok Symgonium di dalam alat ganti motosikal yang dikitar semula.

Hiasan rumah banglo menggunakan barang terpakai iaitu kuali digunakan bersama pokok ‘Plantago Major’ dan dihias dalam kuali dan diletakkan di dalam kolam? Menyusul segmen penanaman pokok Ubi Kayu yang ditanam secara organik di dalam sebuah kereta tolak dan pokok Monstera di dalam sebuah tempayan pecah yang dikitar semula.

Dalam segmen Flora minggu berikutnya, mereka menggunakan barang terpakai iaitu seluar lusuh yang dihias bersama pokok ‘Fernleaf’ dan digantung di pokok, pokok Pudina ditanam dalam batang buluh dan pokok Ananas di dalam Labu Sayong.

Kongsikan juga keunikan kediaman menggunakan bakul rotan yang dihias bersama pokok Duit-duit bersama sebuah basikal tua di laman rumah, pokok Halia yang ditanam secara organik di dalam bakul rotan dan deko pokok Symgonium/Keladi di dalam cengkerang.

Berita gembira pastinya bagi pemilik kediaman rumah teres 2 tingkat dapat berkongsi hiasan pokok Lily dan medium sekam bakar dan digantung, pokok Belalai Gajah yang ditanam dalam bekas akuarium dan pokok Lidah Jin di dalam bekas CPU komputer terpakai.

Kediaman siapakah yang terpilih dalam episod-episod berikutnya? Pemilik menggunakan barang terpakai iaitu ‘Casing’ Lampu yang dihias bersama pokok Kaktus dan diletakkan di gril pintu masuk apartmen. Segmen Herba dan Sayur pula mengetengahkan penanaman pokok Hempedu Bumi yang ditanam secara organik di dalam bekas plastik. Akhir sekali dalam segmen Dekorganik, sudut rumah tersebut dihias dengan pokok Dracenea di dalam bekas sinki.

Ikuti juga perkongsian segmen Flora yang menggunakan barang terpakai iaitu cawan yang dihias bersama pokok ‘Potulaca’, penutup tin cat yang dihias bersama pokok ‘Mondo Grass’, tempurung kelapa yang dihias bersama pokok ‘Pedilantus Variegatus’, bekas bunga telur dan rim basikal yang dihias bersama pokok ‘Altenantera’ dan bekas tin sardin dan tin susu yang dihias bersama pokok Ros Jepun. Kesemuanya digantung di pagar rumah.

Melengkapkan segmen Herba dan Sayur pula tentang penanaman pokok Mas Cotek yang ditanam dalam bekas penutup kipas, pokok Cekur dalam bekas tin biskut, pokok Bunga Kantan yang ditanam secara organik di dalam tempayan terpakai, dan pokok Pandan yang ditanam secara organik di dalam tong air terpakai.

Akhir sekali dalam segmen Dekorganik, sudut rumah terpilih dihias dengan pokok ‘Dracenea’ di dalam mesin hampagas, pokok ‘Filodendron’ di dalam bakul rotan, pokok Kaduk yang ditanam secara organik di dalam botol plastik, pokok ‘Papaya Xainadu’ di dalam tayar terpakai, pokok ‘Dracenea Draco’ di dalam kasut but dan beg terpakai juga pokok ‘Gusmania’ dan diikat pada kelarai.

 

TAMAT


Print   Email