SIARAN MEDIA - SECRETS OF THE SUPERFACTORIES

 

DOKUMENTARI PENGHASILAN PRODUK MENGUJAKAN DALAM “SECRETS OF THE SUPERFACTORIES” DI TV1

 

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2022 – Mendedahkan infomasi sambal memberi pengetahuan kepada penonton-penonton pembuatan produk jenama-jenama terhebat dihasilkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan dokumentari Inggeris bertajuk “Secrets of The Superfactories” sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.05 tengah hari di TV1.

Dokumentari lapan episod ini menonjolkan perkongsian tentang kilang yang berkembang menjadi lebih pantas, lebih hijau dan lebih inovatif berbanding sebelum ini. Kamera tersembunyi di tempat tertutup untuk mendedahkan kilang paling pintar dan paling hijau di bumi, menghasilkan produk yang rumit penghasilannya, inovasi dan ketepatan yang menakjubkan produk itu dipasarkan.

Episod pengenalannya mendedahkan tentang produk Supercar UK Mclaren, Pensil Faber-Castell, Gergaji Stihl As, dan Kicap Shoda Shoyu Jepun dimana memperlihatkan pengeluaran kereta super UK McLaren, kilang Jerman yang menghasilkan 500,000 pensil Faber-Castell sehari, gergaji mesin STIHL AS, dan kicap Shoda Shoyu Jepun.

Seterusnya perkongsian menakjubkan tentang Tesla Bateries, Yamaha Grand Pianos, Siemens Gamesa WSind Turbine Blades dan Sandvik's Boring Bar. Dalam episod ini, orang ramai dapat melihat asal usul bateri Tesla, piano besar Yamaha, bilah turbin angin Siemens Gamesa dan bar Sandvik.

Mengujakan pastinya menerusi tayangan episod mendedahkan tentang Sistem Pelancaran Angkasa Nasa, Kacang Bakar Heinz, Bar Coklat Kitkat dan Pisau Tentera Swiss Victorinox. Edisi ini meneroka Sistem Pelancaran Angkasa NASA; kacang bakar Heinz; salah satu bar coklat paling berjaya di dunia - KitKat; dan Pisau Tentera Swiss Victorinox.

Sementara itu dalam perkongsian episod VW Chattanooga, Illy Nitrogen-Fresh Coffee, JCB Backhoe Loaders dan Gitar Strandberg Buatan Robot pula mendedahkan cara kerja kilang kereta VW Chattanooga, kopi Illy segar nitrogen, pemuat backhoe JCB kuning klasik dan gitar Strandberg buatan robot.

Nantikan episod mengetengahkan tentang kehebatan kereta Maserati, Frito-Lay, Bandai dan Armitage Shank yang menonjolkan cara kereta, kerepek, mainan dan tandas dibuat. Begitu juga tentang aktiviti dilakukan di belakang tabir di Maserati, Frito-Lay, Bandai dan Armitage Shanks.

Pernahkah anda mendengar tentang Perkhidmatan Penghantaran UPS, Basikal Lipat Brompton, Mesin Basuh Pengunci Rold dan Mi Instant Nongshim? Kesemuanya terjawab dalam episod sama yang mendedahkan tentang kerja dalaman perkhidmatan penghantaran UPS, basikal lipat Brompton, mesin basuh pengunci Rold dan mi segera Nongshim.

Penonton lelaki pastinya teruja dalam episod berikutnya yang berkongsi pengetahuan tentang Enjin Jet Rolls-Royce, Rekod Vinyl Gz dan Motor Yamaha. Dalam episod ini, penonton dapat melihat sendiri bentuk dan rupa enjin jet Rolls-Royce, rekod GZ Vinyl dan motosikal Yamaha.

Sementara itu episod akhir memberi tumpuan kepada orang ramai mengenai Amazon Parcels, Loji Keluli Terbesar Di Dunia, Sos Tabasco, dan Kereta Kia. Keistimewaan episod ini kerana meneroka pengendalian bungkusan Amazon, kilang keluli terbesar di dunia, sos Tabasco dan kereta Kia; juga mengkaji sains canggih yang digunakan untuk memprosesnya.

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan dokumentari menarik ini di TV1.


TAMAT


Print   Email

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 06 October 2022.

Jumlah Pengunjung : 34913264

Web Tools