SIARAN MEDIA - WELCOME TO WAIKIKI

 

DRAMA BERSIRI KOREA “WELCOME TO WAIKIKI” JENGAH PENONTON TV2

 

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2022 – Menggantikan drama bersiri Korea ‘Terrius Behind Me’ yang bakal berakhir tayangan pada 20 Julai nanti, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan pula siri bertajuk “Welcome To Waikiki” mulai 21 Julai ini, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.

Drama bersiri 20 episod ini arahan Lee Chang-min ini menampilkan watak utama oleh Kim Jung-hyun, Lee-Yi-kyung dan Son Seung-won.

Dalam drama bersiri dengan tajuk Korea, Eulachacha Waikiki, penonton dibawa bersantai dengan kisah persahabatan tiga orang lelaki yang bersama-sama menguruskan sebuah rumah tumpangan di kawasan Itaewon, Korea Selatan.

Rumah penginapan itu sebenarnya di ambang muflis. Tetapi tiba-tiba pada suatu pagi mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi misteri yang ditinggalkan di rumah penginapan mereka. Walaupun panik, mereka mengambil keputusan untuk menjaga bayi itu.

Ketiga-tiga lelaki sebenarnya memiliki impian mereka sendiri. Pemuda pertama iaitu Kang Dong Goo (lakonan Kim Jung Hyun), dia mempunyai impian untuk menjadi pengarah filem.

Kemudian ada pula Chun Joon Ki (lakonan Lee Yi Kyung), seorang lelaki yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menjadi pelakon walaupun sehingga kini hanya memegang watak kecil dan kurang dikenali.

Akhir sekali watak utama bernama Bong Doo Sik (lakonan Son Seung Won) yang datang ke Seoul untuk menjadi penulis skrip walaupun sedar tidak mudah baginya untuk mendapatkan peluang menjadi penulis skrip sebenar.

Namun, takdir mereka berubah secara drastik selepas ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menjaga bayi tersebut. Malangnya tiba-tiba bayi tersebut diculik dan membuatkan Yoon Ah (lakonan Jung In Sun), seorang wanita gelandangan tinggal di rumah penginapan Waikiki.

Lalu apakah kesudahannya di sebalik kejadian itu? Mampukah mereka bersama mengejar cita yang diimpikan? Apakah rahsia tersembunyi kehadiran bayi tersebut dalam hidup mereka? Ikuti kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my). Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


TAMAT


Print   Email

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 26 September 2022.

Jumlah Pengunjung : 34208569

Web Tools