SIARAN MEDIA - RTM JANJIKAN PROGRAM KHAS MAAL HIJRAH 1444H/ 2022M DI TV1

 

RTM JANJIKAN PROGRAM KHAS MAAL HIJRAH 1444H/ 2022M DI TV1

 

Sambutan Maal Hijrah 1444H/ 2022M yang jatuh pada 30 Julai ini, adalah acara kebesaran umat Islam dan memberi makna besar kepada syiar Islam menghayati detik penghijarahn Rasulullah SAW ke Madinah. Keisitimewaan Muharam juga kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalender hijrah dan sebagai umat Islam mestilah berpegang kepada kenyataan lembaran hijrah itu hendaklah sentiasa dihidupkan dengan melatkkan matlamat memelihara dan menegakkan agama Allah SWT.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 terus optimis membariskan program-program khas bersesuaian bagi mengajak seluruh umat Islam sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik setiap hari teruatama pada sambutan awal tahun baharu hijrah ini.

Sepanjang empat hari berturut-turut mulai 28 hingga 31 Julai ini, ikuti “Siaran Langsung Forum Perdana Ehwal Islam Khas Khas Maal Hijrah” yang menemui penonton pada 28 Julai ini, pukul 9.00 malam bersama tetamu undangan khas membicarakan topik berkaitan sambutan Maal Hijrah tahun ini.

Esoknya, 29 Julai 2022, pukul 6.45 petang sama-sama menyaksikan “Siaran Langsung Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2022M/1444H”, program siaran langsung khas iaitu bual bicara dan bacaan doa juga awal tahun dalam takwin (kalender) Islam.

Menyusul rancangan “Pesona XY Khas Maal Hijrah” pada 30 Julai 2022, 11.05 pagi, program bual bicara anak muda berinspirasi generasi XY terbitan RTM. Gandingan hos Hafiz Dolson dan Zahira Radzi berkongsi topik istimewa bersempana sambutan Maal Hijrah.

Drama khas turut disiarkan menerusi tajuk “Walau Siapa Pun Aku” pada 30 Julai ini, pukul 2.00 petang yang berkongsi kisah Maisara mengalami tekanan hidup dan kekeliruan minda setelah dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Anak Misara, Echa turut menjadi mangsa keadaan ibunya hingga meninggal dunia. Drama ini menampilkan lakonan mantap Nad Zainal, Puteri Balqis, Dato’ Jalaluddin Hassan, dan Zahiril Adzim.

Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (UDTV RTM) pula menerbitkan sebuah drama bertajuk “Bukan Khadijah” bergenre suspen romantik yang mengangkat kisah penghijrahan seorang gadis “kasar” yang merupakan penderita “Retrograde Amnesia” dan berusaha mengutip cebisan memorinya hingga berjaya merungkai siapakah dirinya yang sebenar. Namun, segala kebenaran itu begitu pedih hingga dia tidak sanggup untuk mengingati memori silamnya yang dicemari titik gelap. Kebenaran demi kebenaran terbongkar membuatkan hidupnya diselubungi sengsara.

Disiarkan pada 30 Julai ini, pukul 9.00 malam, drama ini menggabungkan lakonan mantap Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Esma Daniel, Laila Nasir, Sahronizam Noor, Yuyun Hikmah, dan Najua P. Ramlee.

Seterusnya saksikan “Konsert Minggu Ini: Rabbani 25 Tahun” pada 31 Julai ini, pukul 2.00 petang sebuah persembahan istimewa yang mengembalikan kegemilangan 25 tahun Kumpulan nasyid popular Rabbani dalam industry muzik tanah air. Rabbani menghiburkan penonton dengan pilihan lagu antaranya Assalammualaikum, Pergi Tak Kembali, Intifada dan juga bersama penyanyi undangan Daqmie menyampaikan lagu Syahadah.

Akhirnya sekali pada hari sama, pukul 3.30 petang, ikuti dokumentari khas bertajuk “Merentas Belantara Merintis Jalan Ke Syurga” yang membawakan paparan menarik kembara dakwah pacuan 4 roda ke kawasan pendalaman orang asli.

 

TAMAT


Print   Email

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 26 September 2022.

Jumlah Pengunjung : 34210108

Web Tools