SIARAN MEDIA - MAHLIGAI BELUM TERBAKAR

 

LAH AHMAD KEMBALI DALAM DRAMA “MAHLIGAI BELUM TERBAKAR” DI TV2

 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2022 – Memiliki suara yang lunak merdu dan sentiasa berjaya membuatkan sesiapa yang mendengar nyanyian terpukau, Lah Ahmad yang dikenali pada awal pembabitannya dalam industri muzik bersama kumpulan vokal V.E yang sangat popular sekitar awal tahun 2000.

Selain itu dirinya pernah menganggotai kumpulan nasyid Al-Mawlid dan aktif menyanyikan lagu berunsur dakwah juga pernah melahirkan beberapa buah album.

Namun percubaannya terjun dalam bidang lakonan juga diterima ramai peminatnya. Nampak tidak kekok dan kaku sebaliknya berjaya membawakan watak diberikan pengarah dengan jayanya. Antaranya menerusi drama bersiri Bila Syaitan Berbisik yang disiarkan sekitar tahun lalu.

Terbaharu Lah Ahmad muncul sebagai watak utama dalam telemovie kekeluargaan bertajuk “Mahligai Belum Terbakar” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Drama On 2 yang menemui penonton setia saluran TV2 pada 9 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Bergandingan dengan pelakon Fatimah Az Zahra Ahmad, Syed Ali, Zalfa Zain dan Zul Helmi, Lah Ahmad menghidupkan watak pemuda bernama Fahimi yang berdepan konflik dalam hidupnya. Fahimi diuji dengan pergolakan dalam diri seorang lelaki bila mahligai yang dibina dan diharapkan bahagia hingga ke akhir usia gagal dipertengahan jalan.

Plot kisahnya bermula dengan memaparkan kekecewaan Fahimi yang telah berkhawin sebanyak dua kali. Dia sentiasa mengharapkan perkahwinan yang dibina bahagia namun realitinya dalam kedua-dua perkahwinannya gagal kerana dirinya telah dipergunakan oleh isteri-isterinya.

Perkahwinan bersama isteri pertama gagal kerana isterinya itu bersifat material dan mengejar kekayaan semata-mata. Ianya berlaku di luar jangkaan Fahimi kerana di awal perkahwinan segalanya tampak sempurna dan ikhlas. Namun dengan berat hati Fahimi terpaksa melafazkan cerai.

Manakala dalam perkahwinan kedua pula sekali lagi Fahimi diuji. Fahimi dapat merasakan isterinya hanya mempergunakannya untuk berbalik semula dengan bekas suaminya dahulu. Fahimi rasa dikhianati.

Begitupun adakah realitinya yang berlaku sebaliknya? Adakah telahan isterinya itu sekadar mahu mempergunakannya tidak benar sama sekali? Dan masihkan ada ruang untuk Fahimi berbahagia bersama isteri dan anaknya? Ikuti kesudahannya dalam ‘Mahligai Belum Terbakar’ di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my). Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

TAMAT


Print   Email

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 06 October 2022.

Jumlah Pengunjung : 34912978

Web Tools