Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Pusat Sumber : Jadikanlah Dia Jodohku

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Jadikanlah Dia Jodohku
Pengarang : Azieana
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : M Fic AZI 2016
Sinopsis:
Namun detik bahagia Qilla terkubur bila Ryan meninggal dunia tiga hari sebelum mereka diijabkabulkan. Dia perlu reda dengan pemergian Ryan kerana meneruskan kehidupan seperti biasa adalah satu-satunya pilihan yang dia ada.
 
Qilla pening kepala bila abang tirinya tak berhenti menagih perhatiannya. Entah mahu apa lagi abang dan emak tirinya itu pun dia tak tahu. Sudahlah harta abahnya disapu bersih oleh mereka.
 
Kepulangan Danny bersama janjinya pada Ryan telah menyatukan dia dengan Qilla sebagai suami isteri. Perkahwinan mereka terjalin jua akhirnya kerana permintaan dan restu dari Puan Sri Suraya yang tidak mahu kehilangan Qilla.
 
Di saat mereka meniti hidup bahagia, muncul Darwish cuba mendapatkan Qilla. Pelbagai usaha dilakukan. Namun, mampukah Darwish merosakkan hubungan Qilla dan Danny?
 
Kehadiran Rissa yang telah lama mencintai Danny menambahkan huru-hara dalam rumahtangga Qilla dan Danny. Gadis itu benar-benar kecewa bila cintanya ditolak dan dia berusaha merosakkan hubungan Danny dan Qilla.
 
Tambah menyesakkan jiwa bila Qilla menjadi mangsa culik seseorang. Siapakah yang telah menculik Qilla dan meminta wang tebusan sebanyak RM1,000,000.00?
Apakah yang akan terjadi pada Qilla? Berjayakah Danny menyelamatkan Qilla dari menjadi mangsa penculikan itu?
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print