Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Pusat Sumber : Encik Pemikat Hati

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Encik Pemikat Hati
Pengarang : Fatiah Johar
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic 2017

Sinopsis:
Kata orang, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Tapi, bagi Aatif berjumpa semula dengan Adwa bukannya jodoh, tetapi satu bala. Enam tahun mereka terpisah kerana satu peristiwa. Bila dah bertemu semula, Adwa cuba untuk mendapatkan kembali cintanya.
 
Aatif geleng kepala kepada Adwa yang main gila. Sudah berstatus suami dan bapa, masih mahu mencari dara?
 
Semakin Aatif lari, semakin laju Adwa mengejar. Takdirnya, mereka bekerja pula di tempat yang sama. Semakin bersungguh Adwa mahu memikat Aatif semula. Tapi, Aatif menolak semahunya. Hilang akal agaknya, sudah beristeri masih menjual ayat cinta?
 
Kadang-kadang suka, kadang-kadang benci. Tapi, yang banyaknya suka. Bila kekeliruan dah terlerai, bahawa Adwa bujang juga, Adwa semakin berani jual ayat cinta. Buat Aatif rasa nak pitam setiap masa. Enam tahun memendam rasa, Adwa mahu jawapan daripada dia. Aatif pula, tidak tahu mahu jawab apa. Cinta ataupun sebaliknya?

 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas