Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Pusat Sumber : Jodoh Yang Tertangguh

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Jodoh Yang Tertangguh
Pengarang : Rose Ezadora
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic ROS 2017
Sinopsis:
Dia ternganga. Betul ke lelaki ini Abang Rafiq? Lelaki yang dulu tak punya pesona di matanya. Ilyna Suffiyah cuba menafikan namun hakikat tidak membenarkan.Separuh hati dah mula setuju tanpa banyak syaratnya. Tambah pula senyuman ibu bagai mengeyakan lagi agar Ilyna menerima pinangan ini. Rafiq bukan orang jauh. Jiran depan rumah ibunya di kampung. Kawan baik abangnya, Rafiq juga memang suka padanya sejak dari bangku sekolah lagi. Itu luahan jujur.

Ilyna buntu. Antara Rafiq dan Fahmi siapa yang dia harus pilih.Namun, impian mereka yang baru hendak dibina, musnah tanpa isyarat. Dia, harungi duka sendiri dan pasrah. Kerana Rafiq, semuanya musnah. Ilyna rebah tak lama. Dia bangkit semula untuk hidupnya sendiri. Fahmi kembali hadir menghantar bunga cinta. Benarlah kata orang, kalau jodoh tidak ke mana dan menerima cinta Fahmi kerana dia juga telah lama sudi.

Kasih dan sayang Fahmi bukan sekadar pengucapan. Cinta mereka bukan hiasan. Namun, siapa sangka ada percaturan lain yang Allah berikan padanya.Jodoh itu milik Allah. Walaupun ia tertangguh namun ia tetap tiba bila masanya.
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas