Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Pusat Sumber : Seindah Kasih Cadeo

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Seindah Kasih Cadeo
Pengarang : Wan Sufia
Tahun Terbitan : 2015
No. Panggilan : M Fic WAN 2015
 
Sinopsis:
CADEO SITTICHAI. Mendengar namanya pasti ramai yang pelik. Usah disoal apa peliknya namun apa yang pasti, wajah tampan dan bergaya mengalahkan supermodel di Asia itu. Dia hairan bila orang melihatnya pelik dan asyik tersenyum-senyum? Tidak! Bagi Cadeo itu hak milik eksklusifnya. Malah, melalui situ juga dia mengenali Najla.

Perkenalan biasa yang membawa rindu di hati mula membuatkan jiwanya tidak selesa. Buat pertama kalinya, hatinya derhaka pada tuan empunya yang selama ini berkeras tidak mahu berikatan. Dan apabila dia berani mengatakan bahawa wanita itu adalah yang pertama, ada sesuatu pada dirinya.

Apa yang berlaku, kita tak mampu untuk menidakkan takdir. Bila Allah SWT dah menetapkan sesuatu itu, siapa kita hendak menafikannya? Tanpa Najla sedari, hatinya turut senang dengan kehadiran lelaki itu.

Wajahnya tampan... tapi bukan itu yang aku hairankan.Perangainya yang nakal... tapi bukan itu yang aku beratkan.Sikapnya yang suka mengusik. Tetapi...Dia tak pernah meluah perasaan. Habis romantik dia akan cakap "I miss you, beautiful."Sayang? Cinta? Kasih? Cadeo tak pernah ucap walaupun ketika itu Najla mengkhabarkan kepada lelaki itu bahawa dia akan berkahwin.

“Tahniah.”
Hanya itu yang lelaki itu ucapkan. Hatinya sakit sehinggalah di hari perkahwinannya.

“Assalamualaikum.”
Ucapan pertama dari suaminya yang menggetarkan seluruh jiwa dan nalurinya. Tika itu, dia sudah tidak lagi peduli dengan lelaki kacukan Siam-Inggeris itu. Jiwanya sepenuhnya rela diberi kepada seorang lelaki bergelar suami.
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas