Bhg. Operasi Penyiaran
Objektif
Menyediakan prasarana teknikal untuk siaran Radio dan TV yang berkualiti bagi memastikan rakyat terus menerus dapat menerima maklumat kerajaan serta hiburan selaras dengan wawasan dan cita-cita negara.
Fungsi
1. Mengendali dan menyenggara infrastruktur penerbitan, siaran dan pemancaran bagi memastikan kualiti siaran mengikut piawaian penyiaran yang ditetapkan.
2. Memantau dan menyelaras siaran Radio dan TV bagi memastikan penerimaan siaran yang berkualiti di kawasan liputan.
3. Mengkaji, merancang dan membangunkan infrastruktur penyiaran secara berkesan menggunakan teknologi yang sesuai bagi memberi impak kepada penerimaan penonton dan pendengar.
4. Memanfaatkan teknologi maklumat dan media baharu untuk meningkatkan jangkauan khalayak.