Bhg. Perkhidmatan Muzik
Objektif
1. Memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat di dalam seni muzik mengembangkan bakat mereka secara lebih meluas melalui konsep menghibur, mendidik dan memberi inspirasi.
2. Mengantarabangsa, mengekalkan dan meningkatkan prestasi Orkestra RTM sebagai satu warisan zaman berzaman – Orkestra No. 1 negara.
3. Menjadikan RTM stesen penyiaran tetap unggul dan relevan melalui penyiaran rancangan hiburan yang berkualiti untuk semua peringkat umur.
4. Memasarkan muzik orkestra RTM dan artis kelahiran RTM ke arah komersil disamping mengekalkan segala bentuk karya muzik tempatan supaya tidak hilang ditelan zaman melalui penerbitan CD, buku dan sebagainya.
5. Merakyatkan RTM melalui persembahan konsert kombo dan orkestra di semua lokasi dalam dan di luar bandar termasuk pusat pengajian tinggi.
Fungsi
1. Membantu RTM dalam semua hal berkaitan muzik samada di ibu pejabat atau di negeri-negeri melalui Orkestra RTM atau kombo di negeri-negeri.
2. Menerbitkan rancangan hiburan berkualiti seperti Konsert DiRaja Konsert, Perdana atau persembahan kombo di lokasi samada di luar bandar dan pusat pengakian tinggi.
3. Menerbitkan CD Orkestra RTM yang menampilkan muzik-muzik Malaysia dan antarabangsa beserta buku-buku berkaitan muzik.
4. Membantu artis-artis kelahiran RTM untuk dilonjakkan ke dalam industri.
5. Memberi khidmat juri, seminar muzik dan juga menjadi konsultan dan penasihat untuk semua agensi berkaitan muzik.
6. Menerbitkan lagu tema, lagu kempen, sig tune,lagu patriiotik dari semasa ke semasa.