Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Ladies Cab

Dikemaskini pada .

 

 Cabaran Tiga Wanita Menguruskan Perniagaan Dalam Telemovie “Ladies Cab” di TV1

 

KUALA LUMPUR, 26 April 2018 – Pada masa kini, golongan wanita tidak wajar dipandang sebagai golongan yang lemah. Semakin ramai para wanita di luar sana yang sudah mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan golongan lelaki. Saksikan telemovie “Ladies Cab” yang memaparkan kegigihan tiga orang wanita untuk memulakan perniagaan. Bersiaran pada 6 Mei ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

Telemovie arahan Nizam Abdul Rahman ini menampilkan lakonan hebat Wawa Zainal, Sherie Merlis, Sharisa Haris, Fiena Tajudin Dan Nadzmi Adhwa. Mengangkat kisah tiga orang wanita yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat van pengangkutan khusus untuk pekerja wanita selepas mereka berhenti kerja.

Dibah dan Dina diberhentikan kerja kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak majikan manakala Amy pula berhenti kerja setelah mengetahui majikannya tidak jujur dalam perniagaan.

Kemudian Dibah dan Dina merancang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Sementara itu Amy yang terdengar perbualan mereka terus menawarkan diri untuk turut serta dalam perniagaan yang dirancang oleh mereka.

Konflik bemula apabila bekas majikan Dina mengugut agar mereka tidak meneruskan perniagaan tersebut yang dikatakan memberi saingan kepada perniagaan sedia ada. Namun mereka tetap cekal dan persiapan dilakukan setelah mendapat pelanggan pertama.

Dina pula tiba-tiba mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat tersebut dan keadaan menjadi huru-hara kerana Dina merupakan pemandu van. Akhirnya segala masalah tersebut dapat diselesaikan malah perniagaan mereka semakin berkembang maju dengan pembukaan pejabat dan van baru.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

 

 

 

Cetak Emel

offcanvas