Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Fast Five

Dikemaskini pada .

 

Vin Diesel Dan “The Rock” Dwayne Johnson Bergabung Dalam “Fast Five” di TV2

 

KUALA LUMPUR, 27 April 2018 – Siri The Fast And Furious sentiasa mencatatkan kutipan pecah panggung setiap kali ditayangkan. Filem yang padat dengan aksi ini mempunyai aura luar biasa yang pastiya mencetuskan fenomena dalam kalangan peminatnya.

Justeru itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan filem bertajuk “Fast Five” iaitu siri kelima daripada The Fast And The Furious. Saksikan filem penuh aksi arahan Justin Lin ini pada 1 Mei ini, pukul 9.30 malam mengisi slot English Blockbuster.

Memaparkan kisah sekumpulan penjenayah diketuai oleh Dominic Toretto yang mahir dalam pemanduan kereta. Misi mereka kali ini untuk merompak seorang ahli perniagaan yang mahukan mereka mati.

Plot cerita bermula selepas Dominic dibebaskan daripada tahanan polis oleh adiknya Mia dan teman lelakinya Brian semasa dalam perjalanan ke penjara. Mereka telah melarikan diri daripada buruan pihak polis sehinggalah sampai di Rio de Janeiro.

Setelah sampai di Rio, Dominic mengumpulkan anggotanya terdiri daripada pelumba-pelumba handalan untuk melaksanakan tugas terakhir mereka iaitu merompak wang bernilai $100 juta milik Reyes, ketua sindiket dadah yang disimpan dalam peti besi di sebuah Balai Polis.

Pada masa yang sama, Dominic dan Brian terpaksa mengelak daripada ditahan oleh Luke Hobbs, seorang agen persekutuan FBI yang ditugaskan untuk menangkap mereka kerana disyaki terlibat dalam rompakan beberapa kereta mewah dan membunuh tiga ejen persekutuan.

Plot cerita semakin menarik apabila Hobbs mula berkerjasama dengan Dominic setelah Dominic menyelamatkannya sewaltu dia diserang oleh kumpulan Reyes semasa menahan dan membawa Dominic dan Brian dalam kenderaan polis. Pasukan Hobbs semua mati dalam serangan itu. Hobbs mahu menuntut bela atas kematian ahli pasukannya.

Mereka memulakan rancangan untuk merompak peti besi yang menyimpan duit milik Reyes. Mereka memecah masuk ke balai polis dan memecahkan dinding bilik yang menyimpan peti besi tersebut menggunakan kereta mereka.

Aksi kejar mengejar di sekita Bandar berlaku antara geng Dominic dan pihak polis. Akhirnya Dominic dan kumpulannya berjaya dalam rompakan tersebut yang turut membunuh Reyes dan hidup mewah serta berjaya melepaskan diri daripada Hobbs.

Saksikan filem hebat yang menampilkan barisan pelakon ternama Hollywood seperti Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Tyrisi Gibson dan Jordana Brewster hanya di saluran TV2.

 Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

 

 

 

Cetak Emel

offcanvas