Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Kalam Di Hati

Dikemaskini pada .

 

Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa “Kalam Di Hati” di TV1

 

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2018 – Bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “Kalam Di Hati” pada 6 Mei ini, pukul 6.00 petang.

Dokumentari khas terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini akan mengupas tentang sejarah ringkas penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia serta negara-negara pertama yang menghantar peserta untuk mewakili negara masing-masing. Turut merungkai peranan JAKIM dalam penganjuran MTQA yang menyokong usaha kerajaan untuk mendaulatkan ilmu Al-Quran kepada seluruh umat di persada dunia.

Natijah daripada penganjuran MTQA di Malaysia telah melahirkan ramai qari dan qariah yang berjuang untuk memartabatkan ilmu seni Al-Quran bukan sahaja untuk diri sendiri malah kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Menariknya dokumentari khas ini memaparkan latar belakang seorang qari yang menjuarai pertandingan MTQA pada tahun 2011 serta aktiviti dan sumbangan beliau terhadap perkembangan ilmu Al- Quran di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kupasan tentang latar belakang seorang qariah yang menjadi johan MTQA pada tahun 2005 serta jasa bakti beliau menjadikan Al-Quran sebagai landasan kerjaya sehingga tertubuhnya sebuah akademi Al-Quran di Selangor.

MTQA telah memartabatkan pengajian seni Al-Quran sehingga berkembang pesat di Malaysia dan kecintaan masyarakat terhadap keindahan Al-Quran sebagai Kalamullah. Sedutan dan terjemahan daripada ayat Al-Quran tentang betapa agama Islam sangat menggalakkan umatnya menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Sama-sama luangkan masa menyaksikan dokumentari penuh pengisian untuk dikongsikan bersama ini dan pastinya anda akan beroleh ilmu yang bermanfaat dan sama-sama mula mencintai Al-Quran.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Cetak Emel

offcanvas