Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Geng Bazar

Dikemaskini pada .

 

“Geng Bazar”, Kisah Dugaan Peniaga Bazar Sepanjang Ramadan Ini di TV2

   

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2018 – Sebut sahaja bazar Ramadan pasti kita dapat membayangkan aneka pilihan makanan yang menyelerakan sedang menanti pembeli. Pilihan di tangan anda untuk memilih mengikuti selera masing-masing. Begitupun pernah tak anda membayangkan cerita di sebaliknya tentang warna-warni kehidupan peniaga bazar tersebut? Suka duka kehidupan mereka yang disembunyikan di sebalik keriuhan menguar-uarkan jualan kepada orang ramai.

RTM berkongsi menyiarkan drama bersiri “Geng Bazar” yang menonjolkan sisi keprihatinan sekumpulan peniaga bazar mahu membantu salah seorang daripada komuniti mereka mengumpulkan wang bagi membolehkan anaknya yang belajar di luar negara dapat balik beraya bersamanya.

Sedang bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 4.30 petang menerusi TV2, ia menampilkan pelakon Afieq Shazwan, Nazeri Md. Isa, Kathy Azean, Hiera Hassan dan Haeriyanto Hassan.

Kisah 26 episod ini berlegar tentang watak utama iaitu Pak Man yang merupakan peniaga bazar Ramadan. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, malang tidak berbau apabila beberapa hari sebelum Ramadan menjelang tiba Pak Man telah ditimpa kemalangan dan tidak mampu untuk berniaga di Bazar Ramadan.

Pak Man kecewa kerana musibah dialaminya tersebut mengakibatkan dia tidak dapat meniaga seperti biasa. Apatahlagi tahun ini dia telah berniat untuk mengumpul duit bagi membeli tiket kapal terbang anaknya, Afinah yang sedang belajar di Rusia untuk pulang ke Malaysia setelah enam tahun dia hanya menyambut Hari Raya di sana.

Cerita sedih itu sampai ke pengetahuan peniaga bazar yang lain. Simpati dengan situasi yang menimpa Pak Man, salah seorang pengunjung bazar, Aqil bersama peniaga-peniaga bazar yang lain iaitu Mak Imah, Siti, Bing, Abang Yem bersama anak kembarnya yang berumur 10 tahun, Chonco dan Kiko telah mengambil keputusan untuk menolong Pak Man berniaga kerana mereka rasa bersalah terhadap apa yang berlaku kepada Pak Man. Bapa dan emak Aqil sebenarnya tidak suka Aqil pergi ke bazar tersebut.

Mereka sepakat membantu Pak Man melariskan jualan air supaya dapat mengumpul wang yang cukup untuk Pak Man dan anaknya. Pak Man terharu dengan sokongan tanpa berbelah bahagi orang-orang di sekelilingnya yang ingin membantu. Akan tetapi segalanya tidak lama. Mereka mula berubah apabila terdapat pertandingan gerai tercantik dengan hadiah berjumlah RM1000 buat pemenang.

Kemuncaknya bila semua orang kecuali Aqil membantu Pak Man menghias rumahnya untuk menyambut hari raya. Bagimanapun Pak Man yang masih terkesan dengan Aqil serta sedih kerana Afinah tidak dapat pulang beraya bersamanya telah bersikap kasar sehinggakan semua bengang dengannya lalu pulang.

Aqil cuba membuat persiapan raya di rumahnya tetapi ibu bapanya bersikap tidak endah membuatkan Aqil begitu sedih. Bing tertinggal kunci di rumah Pak Man telah kembali semula dan mendapati Pak Man terbaring di lantai kerana terjatuh semasa menggantung hiasan sendirian.

Semua datang kembali ke rumah Pak Man dan membantu Pak Man menyiapkan hiasan setelah Pak Man meminta maaf di atas sikapnya tadi. Sedang rancak menghias rumah kedengaran seseorang memberikan salam. Adakah Afinah jadi pulang meraikan Syawal bersama ayahnya? Bagaimana pula kesudahan hubungan Pak Man dengan Aqil?

 

- ### -

 

 

 

Cetak Emel

offcanvas