Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - My Halal

Dikemaskini pada .

Ketahui Status Halal Dalam Program “My Halal”, Terbitan JAKIM di TV1

 

Selaras dengan anjuran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr).

Coklat, minyak masak, ais krim, antara barang makanan yang tidak dinafikan seringkali berlegar di fikiran semua orang tentang status halal haramnya. Apatahlagi bila sesuatu jenama itu menjadi viral dan digemari ramai. Keputusan di tangan anda sebagai pengguna Islam sebenarnya dalam usaha mencari jawapan kepada status halal barang tersebut.

Realitinya penggunaan perkataan ‘halal’ seringkali dikaitkan dengan makanan dan minuman sahaja namun hakikatnya ia lebih meluas kepada perkhidmatan yang menyumbang kepada halal haramnya operasi perniagaan yang dijalankan. Realitinya ramai dalam kalangan kita hanya mengetahui sebahagian sahaja daripada status halal, suci serta baik barang-barang makanan atau perkhidmatan yang dijual dipasaran.

Contohnya ubat-ubatan yang dikaitkan dengan kekuatan tenaga batin dan rawatan kecantikan yang dijual dikedai-kedai kaki lima. Begitu juga kempen-kempen perniagaan cepat kaya yang beroperasi melalui internet dan kaedah-kaedah biasa. Semuanya ini menuntut kita agar berhati-hati dari terjerumus kepada yang haram dan membahayakan diri.

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu halal ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan rancangan khas terbitan JAKIM bagi mengupas, membincang, mendidik, menjelaskan perkara yang berkaitan HALAL.

Diberi tajuk “My Halal”, program ini bersiaran langsung menemui penonton setiap Isnin, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV1 yang menampilkan hos Tengku Amylia Tengku Perang dan Ustaz Mohd Amri Abdullah. Selain itu dalam setiap episod siarannya mengundang panel berkaitan yang pakar dalam tajuk dipilih.

Sepanjang satu jam siarannya, program ini berperanan dalam menyuntik kesedaran penonton tentang isu halal ini ialah kerana ia mempengaruhi tingkah laku kita. Amat membimbangkan jika makanan yang dimakan dan seterusnya bertukar menjadi darah daging adalah dari sumber yang syubhah atau pun dari sumber yang haram akan menjadikan kita manusia yang keras hati, malas beribadah, sukar menerima kebenaran, dan sebagainya.

Dalam beberapa perkongsian sebelum ini, penonton telah didedahkan dan mengetahui lanjut antaranya tentang topik ‘Sah Halal’, ‘Koperasi Pemaju Industri Halal Global’, dan paling terbaharu perkongsian tentang tajuk “Ohhh Ayam” yang diyakini dapat membantu dalam memberikan info berguna segalanya tentang ayam yang sememangnya terkenal sebagai makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia.

Justeru setiap minggu kongsikan pelbagai topik berbeza yang realitinya dekat dengan kita ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas