Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - 47 Meters Down

Dikemaskini pada .

Kisah Serangan Jerung Dalam Filem “47 Meters Down” di TV2

 

Babak-babak mencemaskan di dalam dasar laut yang mampu membuatkan penonton turut sama merasai pengalaman bagaimana sekiranya mereka berada di tempat kejadian dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam filem Inggeris bertajuk “47 Meters Down”.

Menemui penonton pada 16 Julai, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2, filem arahan Johannes Robert ini pastinya meninggalkan impak mencemaskan kepada penonton yang gemarkan filem bercorak sebegini.

Premis ceritanya mengisahkan bagaimana dua adik beradik, Lisa (lakonan Mandy Moore) dan Kate (Claire Holt) meluangkan masa bersama dengan bercuti ke Mexico. Kesibukan masing-masing sebelum ini yang membuatkan mereka jarang bertemu telah membuahkan mereka bersetuju bercuti bersama.

Dalam masa yang sama Lisa sebenarnya mempunyai masalah dengan teman lelakinya yang membuatkan dirinya tertekan dengan situasi dialaminya. Dia pada mulanya cuba menyembunyikan daripada pengetahuan Kate tapi akhirnya terbongkar juga.

Seolah faham dengan situasi itu, ia mendorong Kate membantu kakaknya dengan membawanya berhibur di pusat hiburan. Tanpa disangka di sana mereka bertemu dan berkenalan dengan dua lelaki yang tidak dikenalinya sebelum ini iaitu Loius (Yani Gellman) dan Benjamin (Santiago Segura).

Dua orang pemuda itu mengajak mereka menyertai percutian yang dianggap mengujakan. Bagi memastikan percutian mereka meninggalkan kenangan yang terindah, Lisa dan Kate ‘termakan’ dengan cadangan Louis dan Benjamin untuk melihat ikan jerung secara dekat biarpun Lisa amat berat hati pada mulanya.

Hendak dijadikan cerita, selepas Lisa dan Kate seronok menikmati pengalaman itu, entah bagaimana kren yang menampung sangkar mereka itu secara tiba-tiba terputus. Setuasi itu tanpa diduga telah membawa mereka hingga ke dalaman 47 meter ke dasar laut.

Bermula daripada itu pengalaman mereka semakin menarik apabila mereka masing-masing cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri sehingga membawa kepada pengakhiran yang berbeza dalam kesudahan cerita mereka.

Kongsikan detik-detik mencemaskan dalam filem ini di TV2.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas