Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih

Dikemaskini pada .

Artis Popular Meriahkan Konsert “Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih” di TV2

 

Menggunakan ruang hiburan sebagai platform oleh golongan yang memiliki pengikut yang besar bagi menyampaikan mesej positif mengenai kenegaraan kepada semua, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan Konsert “Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih” pada 3 Ogos ini bertempat di Dataran Pahlawan Megamall Melaka.

Diadakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62, konsert terbitan Unit Hiburan TV RTM dijangka berlangsung dua jam ini turut disiarkan secara langsung mulai pukul 10.00 malam menerusi TV2. 

Kelainan cuba diketengahkan konsert ini dengan mengangkat konsep warna Jalur Gemilang sebagai pengisian seiring dengan konsep hiburan patriotik untuk rakyat. Persembahan diserikan dengan beberapa segmen termasuklah segmen pengenalan, ‘Generasi Kita’, ‘Perpaduan’, ‘Keberanian’ dan akhir sekali segmen ‘Kedaulatan’ yang turut menonjolkan lagu-lagu berunsurkan amanah dan jati diri rakyat dalam mempertahankan Malaysia.

Artis terkemuka yang membuat persembahan Ziana Zain, Dato’ Nash, Hafiz Suip, Wani Hasrita, Haqiem Rusli, Francessa Peter, Kenny Lee, Nithiyanantham, Vivek Ji, Crystal Wong, Sissy Iman, dan Hariz.

Menampilkan gandingan pengacara Aril Pilus dan Hana Mohamed, antara lagu bakal dipersembahkan termasuklah ‘Berpisah Jua’, ‘Pada Syurga diwajahmu’, ‘Apa Khabar Orang Kampung’, ‘Joget Kenangan Manis’, ‘Terlalu Memuja’, ‘Warisan’, ‘One Hundred Million Smiles’, ‘Setia’, dan ‘Jatuh Bangun’.

Orang ramai juga dijemput beramai-ramai meriahkan Konsert Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih di Dataran Pahlawan Megamall Melaka atau menyaksikannya secara langsung di TV2.

-###-

Cetak Emel

offcanvas