Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - 99 Cahaya Di Langit Eropah

Dikemaskini pada .

Filem “99 Cahaya Di Langit Eropah” Di TV2

 

Tayangan filem bertajuk “99 Cahaya Cinta di Langit Eropah” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 11 Ogos ini, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV2. Filem  disutradarai oleh Guntur  Soeharjanto ini dibintangi pelakon terkenal Acha Septriasa, Abimana Arya Satya, Raline Shah, Nino Fernandez, Dewi Sandra, Marissa Nasution, serta Alez Abad. Menariknya juga penampilan khas Dian Pelangi, Fatin Shidqia, dan penulis novel Hanum Salsabiela Rais.

Filem yang banyak mengekplorasi kejayaan Islam pada masa lampau di Eropah ini turut menjadikan tokoh-tokohnya sebagai agen muslim di tengah fobia masyarakat Eropah terhadap umat Islam.

Ia menceritakan pengalaman Rangga bersama isterinya Hanum ketika tinggal di Austria. Ketika itu Rangga sedang menjalani program kedoktoran di Vienna University of Economics and Business. Filem ini menggambarkan perjalanan mereka dalam menghadapi sekulerisme di Eropah dan juga mengeksplorasi warisan budaya Islam di Austria, Perancis, Sepanyol dan Turki.

Pada awalnya Hanum seronok menikmati kehidupan tinggal di Eropah. Namun, setelah tiga bulan berlalu, dia mulai bosan. Akhirnya Hanum mengambil kursus bahasa Jerman. Hanum kemudian bertemu dengan Fatma, wanita berasal dari Turki.

Dari sinilah Hanum melihat Eropah dengan cara yang berbeza daripada Fatma. Bagaimana cara Fatma menangani orang yang rasis kepadanya dengan sabar dan bijaksana. Kemudian Hanum juga banyak mendapat pencerahan daripada cerita-cerita Fatma bahwa agama Islam pernah bersinar di Eropah.

Perlakuan rasis juga dialami Rangga di kampusnya. Malah Rangga terpaksa berdepan dilema yang cukup berat kerana waktu peperiksaannya sama dengan waktu mengerjakan solat Jumat. Tak hanya itu teman sekelas Rangga yang atheis banyak mengganggu gugat keimanan Rangga. Selain itu Maarja, pelajar perempuan teman sekelasnya secara berterusan menggoda Rangga.

Selanjutnya, Hanum kemudian diajak berjalan-jalan oleh Fatma mengunjungi Muzium Kota Wina. Mereka bertemu Kara Mustafa Pasha, seorang pemimpin penaklukan Islam Ottoman yang gagal menaklukan kota Wina.

Selain itu Hanum meneruskan perjalanan mencari jejak-jejak Islam di Paris. Di Muzium Louvre, Hanum diperkenalkan dengan sebuah lukisan terkenal “The Virgin and The Child”. Pada lukisan tersebut Hanum ditunjukkan sebuah kalimat tauhid di pinggir hijab Bunda Maria.  Kalimat tersebut ditulis dengan tulisan kaligrafi Arab Kuno.

Selain itu masih di kota Paris. Hanum diperkenalkan dengan pemandangan satu garis yang indah. Air pancut besar, Monumen Obelisk Mesir, Jalan Champs-Elysees dan Monumen Arc de Triomphe dimana monumen-monumen tersebut semua membentuk garis lurus sempurna. Bila dipanjangkan jauh ke timur, garis lurus tersebut akan berujung ke Mekkah.

Ikuti banyak lagi fakta-fakta menarik yang menyingkap rahsia Islam di bumi eropah ini di TV2.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas