Siaran Media

SIARAN MEDIA - “Spy Chef”

Dikemaskini pada .

“Spy Chef”, Intai Resipi Unik di Thailand dan Indonesia Temui Penonton TV Okey  

 

Ikuti pengembaraan meninjau dan mempelajari masakan negara asing dalam program “Spy Chef” bersama-sama seorang 'pengintip' masakan Niezam Zaidi, Azrul Zaidi, Azad dan Eira Syazira juga Nubhan dalam 13 episod siarannya.

Bersiaran episod pertama 2 Ogos lalu, program menjengah siaran setiap Jumaat, pukul 10.30 pagi di TV Okey ini membawa penonton mencari dan mempelajari makanan antaranya masakan popular Siam di Thailand, Medan dan Acheh di Indonesia. Istimewanya perkongsian menu ada yang belum pernah diketahui umum.

'Pengintip' masakan, Niezam Zaidi yang terbang dari KLIA ke Kota Bharu dan menyeberangi sempadan ke Thailand menggunakan jalan darat untuk mengintai dan mempelajari beberapa masakan orang Thailand termasuklah Sup Kuku Lembu, Ais Krim Kelapa dan Kerabu Me Segera. Chef Riz muncul menyediakan resepi Sup Kuku Lembu dan membuat demonstrasi memasak masakan tersebut.

Masih lagi di Thailand mempelajari makanan dan masakan Siam di sana dan menariknya turut dikongsikan sejarah Maskid Wadi Al-Hussein yang dibina 300 tahun yang lalu di Naratiwat. Menu dikongsikan episod ini Nasi Kerabu Tok Janggut di Pekan Naratiwat, dan Yong Tau Poo di Pekan Pattani. Chef Riz memberikan resepi dan menunjukkan cara membuat sos Yong Tau Poo di rumah.

Resipi lidah goreng, perut goreng di Restoran Hj Hamid juga Lok Chu, Pattai yang dijual di Floating Market juga Lak di Kedai Kak Cha di Hatyai. Episod sama Chef Riz memberikan resipi dan menunjukkan caracara memasak Urat Goreng.

Persinggahan di Thailand juga membawa kepada perkongsian menu Mi Celup Tom Yam di Pekan Hatyai selain paparan mengenai sejarah di Pantai Songkhla dimana terdapat patung Ikan Duyung dibina di pantai tersebut. Penonton juga berpeluang menyaksikan seni mempertahankan diri tradisi orang Thailand iaitu Tomoi. Dapur Chef Riz pula menyediakan resepi dan masakan Mi Celup Tom Yam yang di tunjukkan oleh Chef Riz sendiri.

Sementara itu bersama-sama hos Asrul Zaidi ke Medan Indonesia untuk mencari dan mempelajari makanan dan masakan yang menjadi kegemaran penduduk di sana untuk dipersembahkan kepada masyarakat Malaysia. Makanan popular di Medan termasuklah Ikan Bakar Jurung di Restoran Puno Kawan, Ikan Jurung masak gulai asam, Tumis kangkong belerang dan Isi ikan lele goreng tepung. Di sini juga Azrul meneroka ke Bukit Lawang untuk 'tracking' di Gunung Leuser National Park bagi melihat Orang Utan.

Dalam episod di Bandar Medan juga perkongsian resipi Goreng Pisang Keju, dan Belut Gentong. Turut dipaparkan keadaan hidupan gajah liar di daerah Tangkahan. Dari dapur Riz pula, Chef Riz menyediakan Pisang Goreng Cheese.

Menarik perkongsian sepanjang perjalanan ke bandar Aceh memasak lontong (lemang) dan nasi lemak (di Medan), Durian Krip dan Tong Seng. Dari dapur Riz pula, Chef Riz menyediakan hidangan yang dinamakan Tong Seng.

Malangnya sebelum sampai di Aceh, kru ‘Spy Chef’ terpaksa berpatah balik ke Medan disebabkan amaran Tsunami yang dijangka melanda Aceh. Dalam perjalanan balik ke Medan mereka sempat melawat makam Sultan Malikul Salihin, iaitu seorang ulama terkenal dari Yemen yang diberitakan sebagai penyebar agama Islam yang pertama di Aceh dan Asia Tenggara. Resipi makanan popular di sini iaitu Ikan Masak Sambal di Pantai Lacuk Bayu. Chef Riz sempat menyediakan ayam panyet.

Sementara itu Azad Jasmin bersama isteri Eira Syazira telah pergi ke Medan Indonesia untuk mencari dan mempelajari makanan dan masakan yang menjadi kegemaran penduduk di sana. Makanan popular yang dijumpai di Medan adalah Nasi Wuduk Daun Pisang dimakan dengan Ayam atau Itik Goreng, Soto Bening dan Kek Lapis Ambun Bika. Dari dapur Chef Riz menyediakan Bakso.

Di sini juga mereka meluangkan masa melawat Istana Maimun iaitu Muzium Kesultanan Melayu Deli. Di penghujung program terdapat demonstrasi menyediakan minuman popular orang Medan iaitu Teh Ais Telor dari Dapur Chef Riz.

Giliran penyanyi Nubhan ke Medan Indonesia untuk menyambung tugas ‘pengintip’ sebelum ini iaitu Azad dan isterinya, untuk mencari makanan dan masakan popular orang Indonesia di Medan. Lawatan pertama Nubhan adalah ke industri kampung membuat Dodol Asli dan Lemang dan seterusnya bersama krew Spy Chef beliau menuju ke Danau Toba. Di penghujung episod terdapat demonstrasi menyediakan Ais Krim Kulit Kayu Manis dari Dapur Chef Riz.

Masih bersama-sama Nubhan di Medan. Sebelum pergi melakukan tugas utama, Nubhan sempat menikmati keindahan pemandangan disekitar Danau Toba. Menu pertama yang dirasai oleh Nubhan adalah Sate Rendang Kerang dan diikuti pula dengan minuman Jus Markisa yang di dapati di Daerah Tanah Karo. Di penghujung program terdapat demonstrasi menyediakan Gado-Gado dari Dapur Chef Riz.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Cetak