Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Gema Raudah

Dikemaskini pada .

Gema Raudah, Hiburan Khas Maulidur Rasul Gabungkan Legenda Nasyid Terkenal di TV1

 

Sebagai pengubat kerinduan peminat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil menerbitkan program “Istimewa Lejen” yang disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Namun lebih manis lagi pengisian dalam episod diberi tajuk “Gema Raudah” menemui penonton pada 10 November ini kerana tema yang diangkat bersempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2019 bersamaan dengan tahun 1441H pada 9 November. 

Program dirakamkan pada 27 September lalu bertempat di Studio Pentas & Bunyi FINAS, Petaling Jaya ini diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM.  

Gema irama nasyid ini menampilkan persembahan daripada artis terkenal tanah air dengan kemunculan kumpulan Hijjaz, Azmi Caliph Buskers, Iwan Syahman, Nazrey Johani dan Yasin Sulaiman yang masing-masing mempunyai kelompok peminat mereka yang tersendiri.

Mengetengahkan Aril Pilus sebagai pengacara, satu jam setengah ini turut diserikan dengan kehadiran Humanoid Band.

Nantikan lagu apakah pilihan legenda nasyid negara kita ini yang bakal menghiburkan anda sepanjang program ini. Saksikan dan hayati persembahan irama indah ini menerusi TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas