Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - "BILLU"

Dikemaskini pada .

Filem “Billu” Lakonan Shah Rukh Khan di TV2

 

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengembalikan ingatan penonton dan pengikut setia filem Hindustan dengan menayangkan filem popular arahan Priyadarshan tahun 2009 bertajuk “Billu” mengisi slot Bollygood di TV2 pada 9 September ini, pukul 9.30 malam.

Menerusi filem dibintangi oleh Irrfan Khan sebagai Billu, Lara Dutta (Bindiya), Shah Rukh Khan (Sahir Khan), Om Puri (Sahukaar Daamchand) dan Jagadeesh (Madan), kisahnya berlatarkan erti persahabatan sebenar antara dua pemuda yang seorangnya diuji dengan masalah perniagaannya manakala seorang lagi pula bergelar selebriti popular.

Ikuti perjalanan cerita seorang tukang gunting rambut yang sangat miskin bernama Billu di kampung Budbuda dan rakan zaman kanak-kanaknya Sahir Khan seorang bintang filem yang popular. Perniagaan Billu semakin merosot kerana dia tidak pernah cuba berubah mengikut masa dan pelanggannya telah berpindah ke pesaingnya.

Pada satu hari, sebuah syarikat filem melawat Budbuda untuk membuat penggambaran sebuah produksi filem. Penduduk kampung mendapat tahu bahawa bintang filem tersebut Sahir adalah rakan sekolah Billu dan serta merta status Billu di kampung berubah kepada seorang yang sangat dihormati.

Semua penduduk ingin menjumpai Shair melalui Billu. Billu takut Sahir tidak akan mengenalinya sebagai rakan zaman kanak-kanaknya kerana perbezaan status mereka masa kini. Tambahan pula semua percubaan Billu untuk menjumpai Sahir gagal.

Penduduk-penduduk kampung mula berfikir bahawa Billu telah berbohong tentang perhubungannya dengan Sahir dan mereka semua bersama anaknya sendiri, menghinanya. Tetapi pada satu hari semasa suatu upacara sekolah kampung mereka Sahir memberitahu semua penduduk kampung bagaimana seorang rakan sekolahnya bernama Billu, telah banyak membantunya semasa hari sekolah mereka kerana keluarga Sahir pada masa itu sangat miskin.

Billu selalu berkongsi bekal makanannya di sekolah dengan Sahir dan juga membiayai tiket penerbangan Sahir ke Mumbai supaya Sahir boleh menjadi seorang bintang filem. Kemudian Sahir melawat Billu di rumahnya dan memberitahunya bahawa dia telah lama mencarinya.

Billu gembira bahawa Sahir masih mengingatinya. Namun adakah Billu berjaya meraih semula kepercayaan dan penghormatan penduduk kampung terhadap dirinya? Ikuti kesudahannya di TV2.

-### -

Cetak Emel

offcanvas