SIARAN MEDIA -MASAK ‘ALA’ PRO SAMBIL MELANCONG DALAM 3 TRAVELOG TERBAHARU DI RTM 

 

MASAK ‘ALA’ PRO SAMBIL MELANCONG DALAM 3 TRAVELOG TERBAHARU DI RTM 

 

KUALA LUMPUR, 11 September 2023 – Kemunculan dua anggota kumpulan Floor 88, Ayie dan Eric dalam 13 episod program travelog terbaharu bertajuk “Selera Milenia” mulai 1 September lalu, setiap Jumaat, pukul 8.00 malam pastinya antara daya penarik kepada penonton menjadikan saluran TV Okey terus menjadi pilihan.

Berpotensi mempromosikan tempat-tempat menarik di Sabah terutama dalam membawa kembali sinar harapan baharu terhadap sektor pelancongan negara khususnya di Sabah, program disiarkan mengisi slot Foodie Okey ini menonjolkan Ayie, selaku penyanyi kumpulan popular dengan lagu Hutang dan Chikadun ini membawa Eric, pemain keybord Floor 88 pulang ke kampung halamannya di Sabah. Mereka bersiar-siar ke lokasi menarik dan menikmati makanan yang ada di sana.

Setelah pulang ke semenanjung, mereka berdua mula mencuba menyediakan resipi beberapa hidangan Sabah bersama beberapa artis undangan bagi mengenang semula kenangan Eric melancong ke Sabah. Mampukah Eric menyahut cabaran tersebut?  

Seterusnya dalam program diberi tajuk “Weekend Breakaway” mulai 2 September lalu, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam, penonton dibawa mengikuti program majalah travelog istimewa ini. Disampaikan secara santai dan bersahaja, gandingan hos Arshad Zamir dan Dr. Ezani Monoto menarik perhatian semua menjelajah tempat-tempat menarik dan unik di dalam Malaysia serta berkongsi resipi masakan tempatan.

Nantikan juga tayangan program “Kuali VS Malatop Bah” mulai 6 September lalu, setiap Rabu, pukul 6.00 petang. Program ini berkonsep majalah masakan realiti di mana ia akan membawa penonton pergi ke pasar malam, pasar tani atau pasar pagi yang terdapat penjaja makanan yang menarik di seluruh Sabah.

Program ini akan diacarakan oleh dua orang selebriti, seorang dari Semenanjung dan seorang dari Sabah iaitu Hazrenol Rayner @ Ganak dan Razzuan Rosli.

Bagi yang terlepas untuk menonton travelog terbaharu ini, anda boleh saksikannya siaran bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi portal online, RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). Jangan lupa untuk memuat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

TAMAT

 


Cetak   Emel

Radio Televisyen Malaysia
Angkasapuri Kota Media
50614 Kuala Lumpur

aduan [at] rtm.gov.my
Tel: 03 - 2282 5333
Faks: 03 - 2284 7591

apps
googleplay bm
huawei bm

  • Kemaskini Terakhir : 06 Disember 2023.

Jumlah Pengunjung : 46296875

Peralatan Web