Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : My Juna

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : My Juna
Pengarang : Acik Lana
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic ACI 2018
Sinopsis:
Juna si penganggur yang memegang 'jawatan' kasanova, toy boy, playboy dan heart breaker memiliki satu 'keistimewaan' yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Tapi sayang, kelebihan itu disalahguna untuk mendapatkan kesenangan dunia.
 
Namun tanpa disangka, Juna bertemu dengan si model muslimah bernama Jane Razman kerana satu pertolongan. Entah apa takdir yang tersembunyi, mereka kerap kali terserempak di sana sini tanpa dirancang. Bagaikan dunia ini terlalu kecil.
 
Pelbagai dugaan datang dalam hidup Jane dan Juna sehingga hubungan mereka mula mekar dengan perasaan berbeza. Dihina, dibuang keluarga, semua dihadapi bersama. Tak sempurna lagikah hubungan ini jika jiwa mereka saling memerlukan?
 
Hati si playboy longlai dan cair dengan setiap keistimewaan Jane, tapi Juna masih ragu. Layakkah dirinya yang kotor dan kekurangan ini berkehendakkan gadis suci itu?
 
Dan bagi Jane pula, Juna bagaikan tukang tilik yang mampu meneka perasaannya dengan mudah. Tak perlu diluah dengan kata-kata, Juna sudah mengerti dan memahami isi hatinya. Istimewanya Juna sampaikan dia tak rela melepaskan lelaki itu pergi. He's mine, my Juna!
 
Namun bahagia yang dicari, mudahkah ditemui? Atau ada halangan yang mungkin meleraikan cinta yang baru tercipta?
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas