Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Renungan Buat Pencinta Syurga

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Renungan Buat Pencinta Syurga
Pengarang : Mohd Shahrizal Nasir
Tahun Terbitan : 2012
No. Panggilan : 297.57 MOH 2012
Sinopsis:
SYURGA itu destinasi impian setiap insan yang punya nikmat tidak terhingga. Kenikmatan ini tidak akan mampu dicapai indera… belum pernah dilihat dek mata, tidak pernah didengar dek telinga dan tiada pernah terdetik dek fikiran sesiapa pun. Indahnya syurga hanya layak untuk hamba yang menyerah diri pada-NYA.
 
Al-jannah itu kurniaan ILAHI untuk para hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh. Bersyukurlah jika hati cenderung pada-NYA, namun itu bukanlah tiket untuk kita alpa. Godaan dunia pasti menimpa… menarik kita agar lupa pada-NYA. Dan pada ketika itulah, kita sebenarnya dihujani ujian sebagai bukti keimanan. RENUNGAN BUAT PENCINTA SYURGA menggarap pelbagai persoalan penting yang kita mungkin tanpa sengaja melupakannya.
 
Selidiklah diri agar sentiasa tetap pada jalan-NYA. Berusahalah… moga setiap amalan yang kita lakukan, redha ALLAH jua menjadi jaminan ganjaran. Mudah-mudahan syurga itu milik kita.
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas