Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Kau Kata Kau Cinta

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Kau Kata Kau Cinta
Pengarang : Ana Sofiya
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic ANA 2018
Sinopsis:
Garang saja suara Anis didengari Edzra. Senyuman Edzra menjadi semakin lebar kerana dia suka jawapan itu. Melawan! Pertemuan pertama berpanjangan menjadi pertemuan seterusnya. Pelbagai telatah Edzra yang memualkan Anis dan pelbagai karenah Anis yang melucukan Edzra. Anis yang manis, suka main tarik tali. Edzra pulak tak akan lepaskan tali itu. Dia akan tarik, ikat dan simpul sampai mati.
Saat hati Edzra dan Anis mula bahagia. Ada halangan yang akan mengubah 100% cinta nereka, Ketika Anis bersedia untuk menjadi isteri, hadir Azza yang mengaku dia tunang Edzra. Datang pulak Rania, kakak kandung yang membencinya sejak lahir.
Rania merancang bijak sekali. Dia bawa mama dan papa ke rumah dan tunjukkan Anis yang tiba-tiba ada anak kecil. Anis disakiti oleh kedua-duanya sehingga terbongkar siapa Anis dari mulut mamanya. Anis tergamam. Dia malu dan benci dirinya. Dia anak...Anis kemudian hilangkan diri.
Betulkah perpisahan itu terbaik untuk Edzra dan Anis?
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas