Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Hipokrit

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Hipokrit
Pengarang : Fitri Liyana Amir
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic FIT 2017
Sinopsis:
Ilyana tidak menyangka orang-orang yang amat dipercayainya sanggup berpaling tadah dan membuat onar. Pengkhianatan ayahnya amat melukakan hatinya. Tuan Lee, orang alim yang amat diseganinya berkomplot sama.
Dia dihukum atas kesalahan yang tidak dia lakukan. Dendamnya tersimpul rapi, dipasakkan di dalam hati, menunggu masa yang sesuai.
Takdir membawa Ilyana kembali semula ke kampong halamannya. Di situ, satu-persatu rahsia yang selama ini disimpan rapi terbongkar sedikit demi sedikit. Dia bersatu kembali dengan empat orang sahabatnya. Ziera, Mimie, Daud dan Aliff setia menemani dan melindungi.
Ema kembali gusar dengan kemunculan semula anak tirinya. Dosa-dosa masa silam kembali menghantui. Dalam kesibukan merungkai apa yang berlaku dan merebut kembali haknya yang dirampas, Ilyana turut terganggu dengan Mikhail yang tidak pernah berubah.
Berjayakah Ilyana dengan apa yang diusahakannya? Mampukah dia berhadapan dengan Ema yang ada ‘benda’ itu? Dan dalam masa yang sama, sanggupkah dia terima Mikhail, anak kepada lelaki yang sudah mengkhianatinya?
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas