Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Mama Express

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Mama Express
Pengarang : Cici Aida
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic CIC 2018
Sinopsis:
Duda pemalu, mudah melatah; dialah Dini Al-Farid. Ada pula anak bijak dan petah seperti Dafi Wirdad, baginya hidup sudah cukup sempurna. Akan tetapi, apabila si anak tiba-tiba buat permintaan mengejut…Carikan mama untuk Dafi. Permintaan si anak buat hati Dini jadi kecut. Bila makin diam, makin merayu pula si anak.
Apa lagi, terjegil besar mata Dini untuk soalan tak masuk akal begitu. Bercakap senang, tapi agak susah pada Dini bila mahu mencari siapa yang layak menjadi pengganti. Sebaliknya mudah pada Sharifah Al-Zaherah, apabila calon menantu sudah dipilih. Nak menunggu Dini mencari, memang dia tak akan merasa dapat cucu ramai.
Kalau tak cukup seksi, umi boleh carikan yang lebih seksi dari tu. Terbuntang lagi mata Dini dengar. Tambahan pula, bila calon isteri pilihan umi muda dan cantik. Eh tak boleh, Kiki muda lagi, saya ni dah tua, duda pula tu. Nak mengelak kena kahwin, itu sajalah alasan Dini. Ingatkan mudah, tetapi makin susah apabila Dini sudah terjatuh hati pada orang lain. Dan atas keinginan hati, memandai-mandai saja dia buat keputusan sendiri pergi meminang anak dara orang.
Sanggup ke Dini digelar perampas? Antara Kiki dan Felisy, siapakah yang patut dipilih? Kasih dan kekasih, dua-dua penting pada Dini. Demi sebuah keikhlasan, pasti kebahagiaan mengiringi.
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas