Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Mencintai Satu Nama

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Mencintai Satu Nama
Pengarang : Rose Aleyna
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic ROS 2017
 
Sinopsis:
Tujuan Dahlia masuk ke syarikat milik keluarga Zafiy adalah untuk melunaskan dendam kepada seseorang yang telah menyebabkan kakaknya lumpuh.

Lain pula yang terjadi apabila Dahlia kerap kali bertemu muka dengan Najman. Mengenali lelaki itu membuatkan hati Dahlia terusik. Najman, di dalam marahnya, ada sayangnya. Dia bukanlah seorang yang mementingkan pangkat, kedudukan, ataupun harta. Dia sudi menerima Dahlia seadanya.

Cinta Najman dan nasihat Kak Jasmin memadamkan api dendam Dahlia.Namun, ketika dia mula meletakkan cinta Najman di dalam hatinya, keluarganya pula dihancurkan oleh orang yang menyebabkan Kak Jasmin lumpuh. Malah, Dahlia juga hampir-hampir dibunuh oleh tangan yang sama.

Dendam telah menghancurkan dua buah keluarga. Dendam juga telah memusnahkan dua hati yang saling mencintai.Apakah kuasa cinta mampu memadamkan api dendam di dalam hati Dahlia?Mampukah Dahlia mencintai satu nama setelah apa yang terjadi kepada keluarganya?Atau terus sahaja melupakan lelaki itu sampai bila-bila?
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas