Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Zakat: Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Zakat: Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan
Pengarang : Disunting oleh Abdul Ghafar Ismail, Hailani Muji Tahir
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : 297.5409595 ZAK 2016
 
Sinopsis:
Kandungan dalam buku ini sebahagiannya adalah hasil penyelidikan IRPA yang dibiayai oleh Kementerian Sains dan Teknologi, manakala sebahagian lagi adalah hasil muzakarah pakar zakat yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003. Penyumbang tulisan dalam buku ini terdiri daripada ilmuan yang berbeza bidang seperti fiqh, iqtisad, perundangan dan Pentadbir zakat.
Tema buku ini memfokuskan kepada lima aspek utama iaitu fiqh zakat, perekonomian, perakaunan, perundangan dan pengalaman negeri menguruskan dana zakat. Aspek ini diberi penekanan kerana setiap aspek tersebut akan sama menyokong antara satu sama lain. Buku ini diharap dapat dijadikan rujukan serta panduan kepada ummah untuk memahami zakat dengan lebih baik lagi.
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas