Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Impossible Engineering

Dikemaskini pada .

 

Kejuruteraan Moden dan Pembinaan Struktur Mega Di Dunia Dalam “Impossible Engineering”  di TV1

 

ANTARA program disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berjaya menarik minat penonton termasuklah program dokumentari Inggeris mengisi slot World Watch setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang di TV1. Terbaharu mulai 16 Julai ini tampil dengan dokumentari yang memberi tumpuan dan fokus kepada kejuruteraan dan pembinaan struktur mega bertajuk “Impossible Engineering”.

Sepanjang 26 episod siarannya, dokumentari ini mengangkat perkongsian tentang kejuruteraan moden dimana jurutera-jurutera berjaya membina beberapa struktur-struktur mega dan mustahil. Mereka mengambil risiko dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak teruji dan dengan itu merevolusikan bidang mereka.

Paparan mengujakan dikongsikan dalam episod yang memberi fokus terhadap pembinaan kapal perang. Tumpuan utama diberikan kepada kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth yang dibina oleh jurutera-jurutera negara Britain. Kapal ini yang telah siap dalam tahun 2014, mempunyai kawasan permukaan yang lebih besar daripada dua padang bola sepak, dan dapat dipenuhi dengan jet pejuang F35 yang canggih. Dalam episod ini, Dr. Rhys Morgan, dari Royal Academy of Engineering, mengisahkan bagaimana kapal ini dibina dan cabaran dan halangan yang di hadapi oleh juruterajurutera Britain semasa pembinaan. Terdapat juga temuramah dengan beberapa jurutera terkenal seperti Mike Murtagh dari USS Intrepid, Stuart Justice dan lain-lain.

Episod seterusnya memberi fokus terhadap pembinaan jambatan Rion Antirion di Greece, sebuah struktur kejuruteraan yang mega dan mustahil. Jambatan kabel ini adalah antara jambatan yang paling panjang di dunia dan juga merupakan satu-satunya yang tergantung oleh kabel sepenuhnya. Jambatan ini melintasi Teluk Corinth berhampiran dengan Patras, dan menghubungkan bandar Rio di semenanjung Peloponnese ke Antirrio di Greece. Ianya dibuka pada bulan Ogos 2004. Jurutera- jurutera yang terlibat dalam pembinaannya terpaksa menghadapi beberapa cabaran seperti angin taufan dan juga laut yang begitu dalam. Disamping itu jambatan ini dibina dalam zon gempa bumi yang aktif dan dengan demikian ianya perlu bertahan kukuh.

Episod ini memberi fokus terhadap pembinaan Menara Shanghai yang kedua tertinggi di dunia dan siap pada tahun 2014. Oleh kerana, menara ini dibina dengan amalan kejuruteraan futuristik dan teknologi canggih, penghuni yang berada dalam bangunan ini tidak akan merasa apa-apa pergerakan apabila bangunan ini bergoyang. Menara pencakar langit ini, mempunyai ketinggian sepanjang 632 meter dan terletak di Lujiazui, Pudong, Shanghai. Menara ini juga mempunyai dek pemerhatian tertinggi di dunia dan mempunyai lif yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu hampir 74km sejam.

Program ini turut menyiarkan tentang pembinaan lapangan terbang Kansai di Osaka Bay, Jepun, yang dibina diatas sebuah pulau buatan manusia yang terbesar di dunia. Pembinaan sebuah pulau tiruan di atas dasar tanah liat menjadikan projek kejuruteraan ini sebagai sebuah projek yang paling megah dan mustahil.

Ikuti juga episod pembinaan kereta api Shanghai Magleve merupakan keretapi terpantas didunia. Kereta api Shanghai Maglev atau Shanghai Transrapid mengamalkan konsep kereta api “levitasi”.

Tajuk menarik yang turut dikongsikan termasuklah pembinaan kapal terbang terbesar di dunia, “Airbus A380”, pembinaan “Three Gorges Dam” di negara China - struktur konkrit terbesar dan berat di bumi, pembinaan kapal persiaran yang terbesar di dunia - “Harmony of the Seas”, pembinaan roket angkasa yang terbesar dan terpantas di dunia, pembinaan bangunan pencakar langit yang diperbuat dari kaca – “Shard of Glass”, pembinaan stadium yang terbesar didunia - Stadium AT & T, di Arlington, Texas, Amerika Syarikat, pembinaan kapal selam yang terbesar didunia – “U.S. Navy’s Super Submarine”,  pembinaan terowong terpanjang didunia – “Gotthard Base Tunnel”, di Switzerland, dan pembinaan jambatan kabel yang terbesar didunia - “Millau Viaduct”.

Saksikan juga episod yang memberi fokus terhadap pembinaan kapal terbang Airlander 10, pembinaan “Fast Telescope” di negara Cina, pembinaan landasan keretapi “Crossrail” di England, pembinaan “Halley Research Station ” di Antartika, pembinaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), pembinaan kapal perang Litttoral Combat Ship (LCS), Panama Canal Expansion Project - saluran air buatan manusia di Panama yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik, pembinaan “Perdido Oil Rig”, sebuah rig minyak raksasa, pembinaan kapal “Pioneering Spirit” - sebuah kapal kontena yang terbesar di dunia, pembinaan “Kingda Ka” sejenis roller coaster pantas yang dibuat dari besi yang terletak di Jackson, New Jersey, Amerika Syarikat, pembinaan menara “Tokyo Skytree” - menara tertinggi di dunia dan pembinaan kilang kereta Tesla - kilang terbesar dan paling inovatif di dunia.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas