Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - RTM Raikan Kaamatan dan Gawai 2019

Dikemaskini pada .

 

RTM Raikan Kaamatan dan Gawai 2019

 

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai disambut pada 30 dan 31 Mei oleh masyarakat Kadazandusun sebagai meraikan tuaian yang baik dan turut disambut kaum-kaum lain di Sabah. Manakala Hari Gawai pula disambut masyarakat keturunan Dayak daripada suku kaum Iban, Bidayuh dan Kenyah sebagai tanda berakhirnya musim menuai yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun.

Justeru kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai diraikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama-sama program khas yang diaturkan empat hari berturut-turut mulai 30 Mei ini hingga 2 Jun 2019 menerusi saluran TV1 dan TV Okey.

Mengajak penonton menghargai sumbangan setiap kumpulan etnik di dalam negara kita, saksikan tayangan tiga telemovie bertajuk “Demi Si Aki” pada 31 Mei ini, pukul 9.00 malam di TV1. Kisahnya tentang Kristen seorang pelajar IPT dan pelakon sambilan telah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau. Dia kecewa apabila datuknya, Aki Ejin menghalangnya menyertai pertandingan tersebut. Maka bermulalah konflik antara mereka berdua sedangkan Kristen merupakan cucu kesayangan Aki. Ia menampilkan pelakon Magdelina Simban, JAIPIN Leggau, Agnes Romina, Christopher Eji Dinting dan Claryssa Hendry Ogondong.

Manakala TV Okey pula tampil dengan telemovie, “Kisah Suminundu” pada 31 Mei ini, pukul 8.00 malam. Saksikan watak Felix yang merupakan seorang novelis berhasrat untuk menyingkap kisah seorang perempuan tua bernama Sumi yang tinggal di kaki Gunung Kinabalu. Sumi telah disisihkan oleh masyarakat kampung dan difitnah oleh kekasihnya yang berdendam APABILA Sumi berkahwin dengan lelaki lain. Pelakon telemovie ini Geoallen Georg, Lina Mohamamed Lin, Wedylin Patin, Nanadra Hitong, Dg Hasnah Ag. Ibrahim.  

Tayangan telemovie terbitan RTM Sarawak bertajuk “Kamboh” disiarkan di TV Okey pada 1 Jun ini, pukul 8.00 malam dan di TV1 pada 2 Jun ini, pukul 10.05 pagi. Ia mengisahkan tentang masyarakat du sebuah kampung di Sarawak yang sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Gawai dan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang. Pelbagai kisah berlaku sepanjang persiapan dua perayaan besar itu. Pelakon terdiri daripada Chot, Fayra Mohd, Zua Matridi, Belliana Christie, dan ramai lagi.

Saksikan doku khas Kaamatan RTM Sabah, bertajuk “Busking Kaamatan 2019” pada 30 Mei ini, pukul 4.00 petang di TV1 dan pada 31 Mei ini, pukul 3.00 petang menerusi TV Okey. Rancangan muzikal daripada artis tempatan Sabah, berlatar belakangkan kawasan Sabah yang indah. Lokasi yang menjadi pilihan ialah daerah Tenom yang terkenal dengan pengeluaran kopi Tenom.

Sementara itu khas Hari Gawai disambut meriah dengan menyiarkan rancangan menarik sempena perayaan Hari Gawai Dayak dengan tayangan terbitan RTM Sarawak iaitu “Ngabang Gawai” pada 1 Jun ini, pukul 2.00 petang di TV1 dan juga boleh ditonton di TV Okey pada 2 Jun ini, pukul 3.00 petang.

Istimewa turut menemui penonton program majalah berbahasa Inggeris yang memaparkan perayaan Hari Gawai dalam tajuk “Ngerandang Jalai Gawai” pada 2 Jun ini, pukul 2.00 petang di TV1.

 

Cetak Emel

offcanvas