Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Duit Hantaranku Tak Cukup

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Judul                     : Duit Hantaranku Tak Cukup
Pengarang           : Sania Yasmin
Tahun Terbitan  : 2017
No. Panggilan     : M Fic SAN 2017

Sinopsis:
Suka sama suka, cinta sama cinta. Kedua-dua belah keluarga saling merestui. Namun, gara-gara permintaan bakal ibu mertua, ikatan pertunangan yang diharap berakhir dengan pernikahan, tak juga menjadi.
Emak mahukan lima belas ribu sebagai duit hantaran. Bukan niat emak hendak menyusahkan bakal menantu, tapi Khairina itu seorang sahajalah anaknya. Mestilah dia mahukan yang terbaik! Sudah tak larat nak panjangkan tempoh pertunangan, hanya ada satu cara sahaja yang mereka berdua nampak. Satu keputusan terpaksa diambil demi menghalalkan hubungan yang ada.
Macam tak sangka, perkara yang selama ini hanya dibaca di dada akhbar dan laman sosial, berlaku pada diri sendiri. Pernikahan mereka menjadi rahsia, namun rahsia itu sukar dibendung apabila masalah demi masalah datang menerjah. Dan masalah paling besar yang muncul buat jantung Muzaffar bagai hendak gugur.
Apa yang harus dilakukan? Perlukah Muzaffar berterus terang dengan mentuanya? Atau dia perlu teruskan berahsia?

 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas