Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Suamiku Tak Gentleman

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Judul : Suamiku Tak Gentleman
Pengarang : Daisy Zahra
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic DAI 2017

Sinopsis:
Sudah lama Adam Firas menantikan saat-saat itu. Saat-saat untuk membalas dendam kepada sasarannya selama ini. Pertemuan demi pertemuan sengaja dirancang untuk berkenalan dengan Alisya, anak kepada usahawan yang terkenal itu. Sehinggalah dia diambil bekerja untuk menjadi pengawal peribadi kepada gadis bersikap diva itu.
 
Cakaplah apa pun, Adam akan bersabar demi tujuan asalnya demi muncul dalam keluarga tersebut. Entah di mana silapnya, lain yang dirancang lain pula yang jadi. Gara-gara satu salah faham antara Alisya dan kedua-dua orang tuanya, namanya turut terbabit sama. Cik puannya merayu bantuannya untuk menjadikannya sebagai suami.
Bila sudah berkahwin, isterinya mula berubah perangai. Daripada diva kepada manja semacam. Sudah namanya Alisya, dia tidak suka mengaku kalah untuk menawan hati si suami yang bersikap dingin. Lagi dia manja dan gedik adalah.
 
Orang cakap cinta itu buta. Dan kalau Adam sudi balas cintanya, Alisya rela buta selama-lamanya dalam cinta suaminya yang tak gentleman itu.

 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas