Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Cinta Tak Sengaja

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Judul : Cinta Tak Sengaja
Pengarang : Siti Nur Dhuha
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic SIT 2018

Sinopsis:
Dalam satu kejadian tersilap masuk bilik hotel, telah menemukan Fieza Eviena dan Raja Irwan Afenddi. Eviena telah menyangka, dirinya telah dinodai oleh Raja Irwan Afenddi atau lebih gemar digelar sebagai Raja Ferdy.  
Bermula dari situ, Fieza Eviena mula memburu Raja Ferdy untuk memperisterikannya. Namun Raja Ferdy adalah anak pemilik syarikat penerbitan terkenal dan berpengaruh. Mana mungkin dia sudi menjadikan Eviena, sebagai bakal isterinya. Kerana satu insiden, Fieza Eviena muncul di sidang media dan mengaku di hadapan wartawan yang mereka akan berkahwin tidak lama sahaja lagi, membuatkan Raja Ferdy semakin berdendam. Rancangan untuk menganiayai Eviena mula dirangka.
Rancangan bermula apabila Raja Ferdy berpura-pura mahu memperisterikan Fieza Eviena dan mengajak gadis itu bercuti di sebuah kapal persiaran mewah. Dia merancang mahu meninggalkan Fieza Eviena di tengah lautan dengan memberikan minuman supaya Fieza Eviena pengsan. Lalu gadis itu dialihkan ke dalam sebuah bot di tengah lautan itu. Malangnya, sewaktu Raja Ferdy ingin kembali ke kapalnya, dia juga turut ditinggalkan kapal persiaran itu atas arahan seseorang.
 

Adakah Fieza Eviena berjaya membuatkan Raja Ferdy menikahinya? Apakah sebenarnya yang berlaku terhadap mereka?

 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas