Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Encik Kek Wat Minah Ferring

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Judul : Encik Kek Wat Minah Ferring
Pengarang : June Zaidi
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic JUN 2018

Sinopsis:
Estee Ilyana Dato’ Firdaus. Kepulangannya dari Leeds setelah berjaya menggenggam ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama sangat dinantikan oleh Dato’ Firdaus. Harapan Dato’ Firdaus hanya satu. Anak bongsunya dapat sama-sama menerajui syarikat konglomerat milik keluarga. Namun, Ilyana nekad untuk mencari pengalaman serta hala tujunya sendiri selama dua tahun. Keputusan itu membuat Dato’ Firdaus serta ahli keluarganya kecewa.
 
Zayne Effendy Wilden. Lelaki kekwat kacukan Pan-Asian mahu segala-galanya sempurna. Sikap cerewetnya mengalahkan perempuan. Bilik pejabatnya harus sentiasa bersih dan tersusun. Kopi yang dihidangkan kepadanya tidak boleh terlalu sejuk ataupun terlalu panas.
 
Takdir menemukan Ilyana dengan Zayne semasa di dalam penerbangan dari London ke Kuala Lumpur. Akibat angin gelora serta keadaan cuaca yang tidak menentu, Ilyana tidak mampu mengawal rasa mualnya lalu muntah sehingga terkena kasut kulit Zayne yang ditempah khas dari Alicante, Sepanyol.
Keadaan bertambah huru-hara apabila Ilyana diterima bertugas sebagai pembantu dan pembersih pejabat di Infius Holding; syarikat milik keluarga Zayne. Ada rahsia yang Ilyana simpan kemas bertahun lamanya. Namun, di saat kebenaran itu terbongkar… mampukah Ilyana terus mempertahankan tindak-tanduknya itu? Ataupun terus menerus dipersalahkan?

 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas